Ahli Parlimen Ipoh Timur didakwa anjur perhimpunan haram

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibaca kepadanya di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin.

Keong Siong didakwa menganjurkan perhimpunan itu di Wisma Chin Woo, di Ipoh, jam 7.30 malam pada 9 Mei 2013.

Sebagai penganjur ceramah umum, dia didapati gagal memaklumkan perkara itu kepada Ketua Polis Daerah Ipoh dalam tempoh 10 hari sebelum program terbabit diadakan.

Dia dituduh mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM10,000 di bawah akta sama jika sabit kesalahan.

Hakim membenarkan Keong Siong dikenakan jaminan RM8,000 bersama seorang penjamin dan menetapkan kes itu disebut semula pada 18 November ini.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala Keong Siong diwakili barisan peguam diketuai Ram Karpal Singh.

Pada 16 Mei 2014, Mahkamah Sesyen, di Ipoh, melepaskan tanpa membebaskan Keong Siong, 50, dan Setiausaha PKR Perak, Mohammad Anuar Zakaria, 47, daripada tuduhan menganjurkan perhimpunan awam tanpa notis di tempat dan masa yang sama.

Hakim Rushan Lufti Mohd ketika itu membuat keputusan itu kerana terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini yang menyatakan syarat notis 10 hari mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai bertentangan dengan Perlembagaan, memetik laporan BH Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap