Ahli AMANAH tanding sebagai calon PBDS Baru, apa tindakan parti?

Exco AMANAH Sarawak, Raphaelson Richard Hamid pada Sabtu lalu telah bertindak membelakangkan partinya itu dengan bertanding sebagai calon PBDSB dalam PRK Tanjugn Datu.

Walaupun AMANAH telah mengeluarkan arahan meminta ahli-ahlinya tidak hadir ke penamaan calon untuk menyatakan sokongan kepada Raphaelson, masih ramai ahli parti yang hadir.

Bagaimanapun sehingga kini AMANAH masih tidak mengambil sebarang ketetapan terhadap tindakan ahli-ahlinya yang boleh dianggap sebagai bersubahat mengkhianati parti.

Melihat perkembangan politik AMANAH di Sarawak, nampaknya mereka sudah berpecah kepada dua kem yang mana satu kem menyokong tindakan Raphaelson dan satu kem lagi membantah pencalonan tersebut.

Menurut sumber dalaman parti, AMANAH tidak mahu mengambil tindakan tergesa-gesa terhadap Raphaelson kerana akan memberi kesan yang besar terhadap kesinambungan parti itu di Sarawak.

Keputusan terburu-buru bukan sahaja akan menyebabkan AMANAH Sarawak berpecah kepada dua kem, malah kemungkinan AMANAH akan lenyap terus dari muka bumi kenyalang itu.

Â

Related posts

PRK Tanjong Datu: SPR sasar 75% keluar mengundi

Tiga penjuru di PRK Tanjung Datu

Jamilah tidak kurang hebat seperti Allahyarham suami