Agong tidak campur hal parti Tun M

Perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau telah dimaklumkan oleh Yang di-Pertuan Agong, yang telah menerima menghadap Tun Mahathir yang juga Pengerusi PPBM, di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah, minggu lepas.

Dalam satu kenyataan, Najib berkata, dalam pertemuan itu, baginda mengambil maklum perkara yang dibangkitkan oleh bekas perdana menteri itu.

“Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong turut menjelaskan kepada Tun Mahathir bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dibuat oleh PPBM,” katanya.

Najib berkata, ini kerana deklarasi dibuat PPBM tidak mengikut perlembagaan dan sebarang tindakan sepatutnya diuruskan menurut amalan lazim iaitu melaluiParlimen dan sistem pilihan raya bagi rakyat membuat keputusan. Deklarasi itu diserahkan kepada baginda. – Tamil Malar

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal