‘African scam’ bernilai RM3.6 juta tumpas

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, suspek berusia 29 tahun itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 4 pagi.

“Suspek dipercayai bersama rakannya melakukan penipuan di negara ini. Seorang rakannya dipercayai telah pulang ke Nigeria dan usaha sedang dibuat mengesan rakan-rakannya yang lain.

“Mereka dipercayai menggunakan laman sosial ‘Facebook’ palsu dan menyamar sebagai lelaki dari Amerika Syarikat untuk menjerat mangsa,” katanya dalam kenyataan.

Acryl Sani berkata hasil siasatan awal mendapati suspek turut mengaku menipu enam wanita asing termasuk dari Jerman, Perancis, Malta dan Kanada.

Beliau berkata kes pertama melibatkan seorang warga Amerika Syarikat dan butiran mangsa itu sedang diperoleh.

“Wang dipindahkan dari Amerika Syarikat ke Australia sebelum dihantar semula kepada lapan bank tempatan di sini,” katanya.

Beliau berkata polis turut mengesan dua Internet Protokol (IP) melibatkan mangsa wanita tempatan yang dilaporkan di Simpang Ampat dan Kulai Jaya, dengan nilai kerugian hampir RM15,000.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat atau boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan, katanya. – Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia