Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 35, bersyukur kerana impian untuk menimang anak sendiri bakal terlaksana pada tahun hadapan.
“Jika ditanya soal perasaan, memang mana-mana manusia juga akan rasa bersyukur dan gembira menerima berita yang baik seperti ini.
“Bagi saya, perasaan ini adalah perkara yang akan dilalui kebanyakan orang. Lelaki atau perempuan juga masih belum tahu, sebab masih baru.
“Soal persiapan buat masa ini tiada persiapan jangka panjang. Kami lebih kepada persiapan untuk perkara yang penting sahaja,” katanya memetik laporan eksklusif Utusan Malaysia.
Sebelum ini Adi dan Norshahida dilaporkan telah berkahwin secara rahsia pada 20 Jun lalu di satu lokasi dalam negara.
Adi bagaimanapun turut mempunyai seorang anak angkat Zara Adelia Haadi yang kini berusia empat tahun dengan isteri pertamanya Aida Yusof ,41, yang berkahwin pada 14 April 2006.