Pembatalan majlis tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan laporan media yang mendedahkan beliau bernikah buat kali kedua dengan janda anak satu.
Adi hanya memuatnaik makluman tersebut di ruangan Instagramnya tanpa menyatakan sebab secara terperinci ekoran pembatalan majlis berkenaan.
“Assalammualaikum wmbt… Saya memohon maaf kepada semua hotlovers kerana perjumpaan raya dan ulang tahun hotlovers esok 17 Julai, harus dibatalkan atas sebab-sebab yang tertentu. Saya sekali lagi mohon kemaafan,” katanya di laman sosial Instagram.
Sebelum ini foto perkahwinan kedua Adi atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Halim, 35, tersebar pada Sabtu.
Dia dipercayai berkahwin dengan seorang janda anak satu berusia 33 tahun yang merupakan pegawai beruniform sebuah agensi kerajaan.
Akhbar melaporkan, wanita berkenaan dipercayai rakan kongsi perniagaan bersama Adi yang dikenali sejak setahun lalu.
Adi pada Disember 2013 pernah menimbulkan kontroversi selepas dia dilaporkan mempunyai skandal dengan isteri orang dari Johor sehingga melibatkan laporan polis dan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Namun pihak polis menutup kes berkenaan dan diklasifikasikan sebagai “no futher action” atau tiada tindakan lanjut.
Dalam pada itu perkahwinan kedua Adi ini dikatakan tidak diketahui oleh isterinya Aida Yusof, 41.