Adenan yakin BN menang lebih 70 kerusi

Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem berkata, keyakinan itu berdasarkan daripada tinjauan terhadap sokongan kepada BN di seluruh negeri yang banyak memberi respon positif kepada calon-calon parti itu.

“Tinjauan yang telah dilakukan di seluruh negeri, saya dapati rakyat masih percaya kepada BN.

“Oleh itu, kita (BN) mungkin akan dapat lebih 70 kerusi daripada 82 yang dipertandingkan,” katanya ketika berucap melancarkan Projek Tebingan Sematan dan Pemuliharaan Muara Sungai Sematan di sini, semalam.

Tambah Adenan, kejayaan dengan majoriti besar itu pasti akan terus menjamin kelangsungan agenda pembangunan dan kestabilan politik di negeri ini.

Setakat ini, BN Sarawak telah memenangi dua kerusi tanpa bertanding iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kota dan DUN Bukit Sari masing-masing diwakili Dr Abdul Rahman Ismail dan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Related posts

PRN Sarawak ke-11 telan belanja RM135.6 juta

Itu hak Adenan – Masing

Nazri umum peruntukan RM210,000 untuk 41 ranting PBB Pantai Damai