Adele terima kontrak bernilai RM540 juta

Wanita berusia 28 tahun itu baharu saja menamatkan perjanjian dengan syarikat rakaman lama sebelum menandatangani kontrak bersama pengurusan Sony Music Nilai itu berjaya mengangkat namanya sebagai penyanyi dengan bayaran tertinggi sepanjang sejarah dan penyanyi wanita nombor satu dunia.

Menurut wakil Sony Music, mereka tidak ragu-ragu dengan pertaruhan terbesar itu kerana percaya dengan bakat serta aura yang dimilikinya.

“Adele baharu saja menamatkan kontrak bersama syarikat rakamannya di London iaitu XL manakala Sony adalah syarikat pengedar albumnya di bawah Columbia Records di Amerika Syarikat.

“Kontrak bernilai RM540 itu memberi hak pada Sony untuk mengedarkan dan melancarkan muzik Adele secara ekslusif ke seluruh dunia,” kata sumber terbabit.

Album paling laris Adele, 25 menyumbang RM175.06 juta kepada kekayaan penyanyi kelahiran London itu.

Beliau kini berada pada kedudukan teratas dalam senarai penyanyi muda paling kaya di bawah usia 30 tahun oleh akhbar Sunday Times, Young Musicians 2016.

Menerusi kontrak berkenaan, Adele turut memadamkan rekod yang pernah dicatat Robbie Williams yang sebelum ini menerima RM480 juta daripada syarikat rakaman EMI pada tahun 2002.

Related posts

Jaafar Onn Meninggal Dunia

Lil John Mendapat Hidayah di Bulan Puasa

Selain solat dan puasa, Lindsay Lohan akui tenang baca al-Quran