Adat sebenar dibulan Ramadhan adalah, semua peniaga² makanan berehat selama sebulan, dibuka semula selepas 2 minggu raya.
Tujuannya adalah utk menghormati bulan Ramadan dan menjalankan ibadah puasa, ngaji, zikir, suluk, wirid dan perbanyakkan meminta Rahmat, berkah dan Taubat kpd Allah swt.
Kita boleh lihat di Pulau Jawa Indonesia, mereka masih mengekalkan adat iaitu berehat dari berniaga dibulan puasa. Bulan puasa adalah bulan Ibadah. bermaksud seperti ibadah mengerjakan HAJI selama 40 hari berada di Tanah Suci. Begitu juga lepas raya sehari, sambung puasa 6 hingga hari ke-7 Syawal.
Zaman 80an di Malaysia, masih lagi mengekalkan Adat menghormati Bulan Puasa, tapi setelah masuk tahun ke 90an, mulalah muncul bazar² beroperasi secara kecil²an, lalu berkembang pesat sehingga menyebabkan pembaziran makanan hingga jumlah 90,000tan makanan bazar dibuang begitu sahaja.
Jika zaman 80an, semua orang berebut² nak rewang makanan untuk moreh, berbuka dan bubur lambuk untuk sahur. Di bahagi²kan kepada seluruh penduduk kampung tanpa mengira bangsa, secara PERCUMA. Orang kampung berpakat berkongsi rezki masing² untuk menjayakan amalan B3rsedek4h dibulan Puasa dengan bergotong royong memasak di surau dan masjid.
Itulah sebahagian pengalaman yg sy pernah lalui dan rasai. setelah itu bila masuk tahun ke-90an, kian dah tak merasai setelah munculnya “ADAT BARU” iaitu bazar² ramadan mula tumbuh seperti cendawan dari tahun ke tahun.
Teringat pengajaran yg berlaku di negara² tanah timur (syri4 dan “Jiran²nya”), asbab pembaziran Roti dan makanan buangan, maka Allah menurunkan bencana kelaparan dan Kemarau bagi memberi pengajaran agar menjadi ikhtibar kepada negara² yg lain. Sayangnya maklumat² itu hanya sampai dari mulut ke mulut dan sukar untuk menemui artikel tersebut.
Lihat Negara kita harini.
Asbab pembaziran makanan 90,000tan sepanjang bulan puasa, KEMARAU mula terjadi dikawasan² tertentu, panas yg dahsyat mula membahangi. Entah bagaimana kita akan lalui sehingga penghujung Ramadan ini.. mudah²an Allah menurunkan Nikmat dan Rahmat Hujan kepada kita semua.. Aminnn ya rabbal aalamin.
Nasihat kepada semua peniaga bazar otai dan yg junior, berniagalah alah kadar, sekadar menghabiskan “TARGET” ju4lan dan mencukupi, agar tidak berlaku pembaziran dan kerugian. Sentiasalah berlaku Jujur dalam menju4l, tidaklah disajikan makanan yg dah berhari² kepada pemb3li.
Pengalaman sy berniaga di bazar 20tahun lepas, cukup 2 tong nasi beriyani & 1 tong nasi ayam dah habis, takyah tambah lagi. Alhamdulillah ketika itu sekitar jam 5:30~6:30pm habis terju4l kesemuanya.. Dalam sebulan tu, hanya 3~4 hari saja nasi berbaki 7~10 bungkus atas meja. Kami buat stok makanan sahur dirumah dan bahagi kepada jiran² peniaga bazar.
Jangan disamakan dengan zaman sekarang, makanan penuh “HIPSTER”, banyak pilihan, banyak pula peniaga. Makanan penuh atas meja, 1 gerai target umpama 100~200 pembeli. sebenarnya cukuplah mengikut kapasiti pemb3li dan jumlah PENIAGA. Jika peniaga Ramai, kurangkan ju4lan makanan, target 30~50 pembeli sehari, Janji habis ju4l sudah. Jika peniaga sikit, target 50~100 pemb3li dah memadai.
Yg untung adalah Majlis Bandaraya, yg rugi adalah peniaga.
Cuba kita renungkan, bagaimana jika 90,000tan makanan yg dibazirkan tu dapat kat penduduk GZ yg sedang struggling kelaparan dibulan Ramadan ni…
Sekadar rentetan..
Semoga menjadi ikhtibar pd kita semua.. 👌
Kredit: Umat Daie