Kejadian yang dialami oleh Anne Manuel ini amat terkesan baginya kerana beliau tidak pernah mengetahui wujudnya etika pemakaian yang dimaksudkan. MAHB juga tidak pernah mengeluarkan atau berkongsi sebarang pekeliling mengenai etika pemakaian oleh kakitangan penerbangan di lapangan terbang.
Persoalannya, wujudkah etika pemakaian yang dimaksudkan oleh kakitangan MAHB tersebut?
Adakah etika pemakaian yang dimaksudkan telah dikongsikan oleh MAHB kepada AirAsia X bagi rujukan kakitangannya?
Adakah wajar untuk menghalang kakitangan AirAsia X tersebut dari melaksanakan tugasnya diatas maklumat yang tidak pernah diketahui olehnya.