Ada pemimpin UMNO tidak selari dengan Najib, kata Syed Ali

Selepas ketiadaan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ahmad Zahid kini menjalankan tugas-tugas timbalan presiden UMNO.

Beliau yang juga ketua UMNO Cheras berkata, dalam kedaan persekitaran politik UMNO yang berdepan cabaran cukup getir, setiap pemimpin perlu menzahirkan tindakan yang selari dengan presiden parti.

“Ada yang mendakwa, sejak akhir-akhir ini seperti satu kecenderungan pemimpin parti yang lebih gemar mengeluarkan kenyataan berbau kepentingan peribadi atau mempunyai agenda tertentu,” tegas beliau.

Pada masa yang sama, beliau ingin mengingatkan pemimpin UMNO supaya menunjukkan keperibadian baik dan tidak ghairah mengeluarkan kenyataan yang menjejaskan kredibiliti parti di mata rakyat, jelasnya.

Setiap perlakuan dan kenyataan dikeluarkan pemimpin akan menjadi cermin tontonan yang boleh mempengaruhi sokongan rakyat terhadap parti, katanya.

“Rakyat terutama anak-anak muda sedang memerhati tingkah laku dan perbuatan pemimpin politik termasuk UMNO, kalau buruk, buruklah tanggapan mereka,” tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali yang juga bendahari BN Wilayah Persekutuan berkata, rakan-rakan komponen juga perlu lebih pro-aktif untuk mengajak pengundi muda bukan Melayu supaya lebih memahami aspirasi perjuangan BN.

“Hari ini, generasi muda lebih terarah pemikiran mereka kepada persepsi yang dimainkan oleh parti-parti pembangkang terutama yang dicanangkan menerusi media sosial,” ujarnya.

Mengenai perkembangan hubungan PAS dengan blok pembangkang, Syed Ali berkata, pendirian PAS yang telah membuat ketetapan memutuskan hubungan politik dengan pakatan tersebut perlu dihormati.

“Perkembangan tersebut jelas membuktikan blok pembangkang yang membentuk Pakatan Harapan sudah mengalami keretakan dan hilang sokongan daripada sebahagian orang Melayu yang menyokong PAS.

“Jika PAS dan UMNO bergabung atas dasar politik untuk kepentingan umat Islam, ia perkembangan baik, sama ada kerjasama itu berlaku atau sebaliknya, terpulang kepada pemimpin tertinggi kedua parti itu,” tegasnya.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri