Pengalaman kegagalan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini kata Khalid disebabkan masyarakat tidak mengetahui dan memahami fungsi kewujudan Amanah dan Pakatan Harapan.
“Parti Amanah Negara (Amanah) memilih bertanding dalam dua Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar kerana mahu memperkenalkan parti ini kepada masyarakat menjelang PRU14.
“Jadi, kami (Amanah) ambil keputusan bertanding di kedua-dua PRK tersebut bagi memperkenalkan Amanah, seterusnya Pakatan Harapan kepada masyarakat sebelum PRU14,” katanya.
Amanah akan mengumumkan calon mereka di kedua-dua PRK tersebut pada Rabu depan.
Jelasnya, ia landasan terbaik dalam usaha memperkenalkan Amanah memandangkan masih ramai rakyat tidak tahu tentang kewujudan parti itu.
“Melalui tinjauan, ramai yang tak tahu adanya Amanah dan Pas berpecah. Malah, ada yang ingat Mat Sabu masih bersama Pas,” katanya pada sidang akhbar, semalam.
Menurutnya, Amanah tidak akan berkecil hati jika PKR mahu ‘duduk’ sahaja dan tidak membantu parti.