Abu Kassim mohon tiga kali tamat perkhimatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM

Menurut SPRM dalam satu kenyataan berkata, kontrak Abu Kassim yang sepatutnya berakhir pada 4 Disember 2018 berjaya dipercepatkan kepada 1 Ogos 2016 selepas kerajaan meluluskan permohonan ketiganya.

“Tan Sri Abu Kassim sebelum ini telah mengemukakan permohonan yang sama namun kerajaan Malaysia telah meminta beliau untuk meneruskan perkhidmatannya.

“Tiada tekanan dibuat oleh mana-mana pihak terhadap keputusan Tan Sri Abu Kassim bagi memendekkan kontraknya yang sepatutnya berakhir pada 4 Disember 2018 dan permohonan kali ketiga ini dibuat selepas Tan Sri Abu Kassim menerima tawaran daripada International Anti Corruption Academy (IACA) sebagai pakar jemputan di Universiti Pencegahan Rasuah pertama di dunia.

“Perlantikan Tan Sri Abu Kassim di IACA, Austria ini adalah satu pengiktirafan dunia kepada kesungguhan Kerajaan Malaysia serta kepimpinan SPRM dalam menangani jenayah rasuah,” menurut kenyataan tersebut.

Tambah SPRM lagi, Abu Kassim akan turut memberi tumpuan kepada tugas beliau sebagai ahli lembaga di universiti berkenaan selain menunaikan tanggungjawab sebagai pensyarah, penyelidik serta memberi khidmat rundingan di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia