‘Abang sado’ mungkin mati lebih awal?

Mereka, yang percaya nilai-nilai kejantanan seperti tunjuk berani atau menyorok perasaan lemah, kurang jujur mendedahkan masalah kesihatan kepada doktor, lapor Reuters kelmarin.

Demikian hasil kajian yang dijalankan oleh profesor madya Diana Sanchez, dari Universiti Rutgers di Amerika Syarikat, bersama pelajar peringkat kedoktoran Mary Himmelstein.

Hasil kajian ini diterbitkan dalam jurnal-jurnal Preventive Medicine dan Journal of Health Psychology.

Mereka berdua ingin menyelidik sama ada jangka hayat lelaki — puratanya lebih pendek lima tahun berbanding wanita — dipengaruhi faktor-faktor psikologi atau sosial seperti cara memilih doktor dan tahap kejujuran seseorang.

Mereka meneliti sekumpulan 250 lelaki, yang diberikan soalan kaji selidik yang direka untuk menilai ciri-ciri kejantanan dan kecenderungan memilih jantina doktor.

Dua ahli sains itu kemudian menilai 250 pelajar universiti dengan soalan yang sama.

Setiap responden ditanya mengenai tahap kesihatan mereka oleh pelajar perubatan lelaki dan perempuan.

Kajian tersebut mendapati lelaki ‘macho’, berbeza dengan wanita atau lelaki yang tidak jantan, lebih mungkin mengabaikan masalah kesihatan atau lewat bertindak bagi mengatasinya.

Mereka juga suka memilih doktor lelaki yang dianggap lebih berwibawa daripada pakar perubatan wanita walau kajian itu menunjukkan mereka sukar berterus-terang dengan doktor lelaki.

Responden kajian ini, yang menunjukkan ciri-ciri kejantanan, bagaimanapun didapati lebih mudah menceritakan masalah kesihatan mereka kepada doktor wanita. – MalayMail

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia