Abang ipar Amila Edrus didakwa hari ini

Suspek yang merupakan abang ipar mangsa dihadap ke mahkamah atas dakwaan membunuh kanak-kanak berusia lima tahun tersebut.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, suspek lelaki berumur 26 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Menurutnya, tempoh reman selama empat hari bermula pada 15 Ogos lalu dan dilanjutkan pada 19 Ogos akan berakhir esok.

“Suspek warga Malaysia dan mempunyai sebuah bengkel kereta itu akan dituduh di Mahkamah Majistret esok,” ujarnya pada Selasa.

Sebelum itu, Noor Amila Edrus didakwa hilang di Perumahan Awam (Sementara) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jinjang Utara pada 11 Ogos sebelum mayatnya ditemukan di kawasan semak di Kampung Kemensah, Hulu Kelang, pada pukul 12.30 tengah hari, 18 Ogos lalu.

Jenazah mangsa bunuh abang ipar sendiri itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 5, Jalan Ipoh tengah malam Khamis lalu. –Utusan Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia