Abaikan undang-undang bila berjuang

Kata Faiz, undang-undang dibuat secara tidak adil sehingga menyebabkan pembangkang sukar untuk bergerak menentang kerajaan.

“Dari sudut undang-undang bila kita berjuang, kita kena abaikan undang-undang… (kena) tau jugalah dua tiga benda (berkaitan) undang-undang, janganlah tulis yang menghasut, memfitnah dan sebagainya.

“Tetapi jika kita terlalu takut dengan undang-undang, kerana undang-undang ini dibuat untuk melakukan ketidakadilan. Kalau kita terlalu terikat dengan undang-undang kita tidak akan dapat bergerak dengan lebih maju, lebih dinamik dalam politik” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di majlis Pelancaran Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, baru-baru ini.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda PAN, Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin ditangkap polis di perkarangan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa menggesa rakyat bangkit untuk mengulingkan kerajaan melalui demontrasi dan rusuhan jalanan ala ‘arab spring’.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, Shazni ditangkap hari ini pada jam 2.30 petang bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

“Suspek kini ditahan di balai polis jinjang dan permohonan reman akan dibuat pada 5 April 2016 (esok),” kata Mohmad dalam kenyataan.

Shazni sebelum ini dilaporkan berkata zaman sopan santun sudah lama berlalu dan untuk mengalahkan politik biadap dan tidak bertamadun perlu melalui proses yang ‘kurang ajar’ sambil menyifatkan adalah mustahil kerajaan Barisan Nasional (BN) ditumbangkan melalui sistem demokrasi.

https://www.youtube.com/watch?v=RWiJG4tieHE

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri