900 ahli PKR sertai BN

Kumpulan tersebut diketuai bekas calon PKR dalam pilihan raya umum 2008, Danny Anthony Andipai yang mengakui kesal kerana tindakannya selama ini menyokong PKR.

Danny berkata, selama berjuang bersama PKR, beliau mendapati kebanyakkan pemimpinnya lebih mengutamakan kepentingan peribadi berbanding BN yang ikhlas bekerja untuk rakyat.

“Saya melihat perjuangan PBRS merupakan parti yang terbukti jujur dan ikhlas dalam membantu rakyat serta membawa pembangunan.

“Saya menyesal dan kecewa dengan pihak pembangkang kerana hanya bergaduh untuk kepentingan peribadi dan sekarang telah berpecah membuktikan kegagalan mereka untuk bekerja,” katanya, memetik laporan Utusan Online.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup dalam Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Takul Nabawan, pada Ahad.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri