Menurut kenyataan daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), pemilik bot tersebut, Leonard Lee Yin Leong memaklumkan dia telah dihubungi oleh salah seorang anak kapalnya yang melaporkan bot berkenaan mengalami kerosakan kotak gear pada kira-kira pukul 3.07 petang kelmarin sebelum mereka terputus hubungan dengan pangkalan.
“Bot berkenaan bertolak dari jeti Kota Kinabalu pada hari Sabtu dan sepatutnya balik pada pukul 2 petang semalam tetapi gagal.
“Semalam, pemilik bot berkenaan telah melakukan pencarian sendiri sehingga pukul 5 petang, namun setelah gagal barulah mereka menghubungi pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Katanya, kedudukan terakhir bot tersebut dikesan adalah kira-kira 40 kilometer dari barat laut Pulau Mantanani dan pelbagai aset telah digerakkan untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Tambahnya operasi berkenaan menghadapi sedikit kesukaran kerana laporan hanya dibuat selepas lebih 24 kesemua mangsa hilang, memetik laporan Utusan Online.