87 jemaah umrah Malaysia terkandas di Makkah

Lebih malang, semua visa jemaah terbabit telah tamat, semalam. Rombongan itu sepatutnya pulang 26 Disember lalu, namun tertangguh dengan pelbagai alasan diberi ejen yang menguruskan mereka.

Seorang jemaah yang terkandas, Siti Khatijah Maarof, 25, mereka kini ditempatkan di Hotel Awtad di Makkah.

Beliau memaklumkan, mereka sebelum diarahkan ke lapangan terbang antarabangsa di Jeddah untuk pulang, tetapi kemudian dimaklumkan pesawat mengalami kerosakan.

Isu jemaah umrah terkandas di Makkah kini semakin berleluasa sejak bulan lalu dengan ada sebahagian mereka turut terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Minggu lalu, dilaporkan seramai 32 jemaah umrah Malaysia turut terkandas dipercayai akibat terpedaya dengan pakej umrah murah ditawarkan sebuah agensi pelancongan.

Jemaah terbabit sepatutnya pulang pada 17 Disember lalu, namun mereka dimaklumkan penerbangan ditangguhkan keesokan harinya. – BH Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia