80% kerusi MCA terbabit persempadanan semula SPR

Menurut Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, susulan daripada itu, parti berkenaan akan mengadakan satu mesyuarat khas minggu hadapan bagi menjalakan kajian impak berhubung cadangan persempadanan semula itu.

“Saya difahamkan, lebih 80 peratus kerusi ditandingi calon MCA terlibat dengan perubahan kajian itu.

“Kita akan memanggil mesyuarat khas minggu depan bagi membincangkan secara terperinci kesan kajian persempadanan semula itu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung MCA Bahagian Pasir Gudang, Johor pada Ahad.

Jelasnya, hasil daripada mesyuarat berkenaan akan diserahkan kepada SPR bagi dipertimbangkan mengikut saluran yang betul.

Mesyuarat kajian impak itu dilihat beliau sebagai satu keperluan memandangkan persiapan yang dijalankan oleh parti itu sebelum ini adalah berdasarkan dan berpandukan kawasan sedia ada.

Related posts

Kerjasama UMNO Dengan Warisan Mungkin Selepas PRN

Anak Abdul Hadi Didakwa Mempermainkan Al Quran

Tengku Zafrul Letak Jawatan Bendahari Umno S’gor, Kecewa Prestasi Negeri