766 mangsa banjir dipindahkan di Kelantan

Sehingga jam 2.30 petang, seramai 460 mangsa dari beberapa kampung di Jeli dipindahkan ke empat pusat pemindahan dan seramai 37 mangsa banjir dari Tanah Merah dipindahkan ke dua pusat pemindahan.

Jumlah mangsa banjir di Kuala Krai pula seramai 269 orang daripada 16 keluarga. Mereka dipindahkan ke enam pusat pemindahan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Bedal, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh, Pejabat Haiwan Guchil, Masjid Chuchuh Puteri dan Masjid Kampung Jelawang.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, berkata antara kampung yang dinaiki air di Kuala Krai sejak awal pagi tadi ialah Kampung Bedal, Kuala Nal, Kampung Keroh, Chuchuh Puteri, Jelawang dan Dabong.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kelantan, Ir Shahimi Sharif, berkata beberapa paras sungai di Dabong, Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah menunjukkan peningkatan mendadak sehingga jam 2 petang tadi.

Paras Sungai Galas menunjukkan bacaan 35.88 meter (m) iaitu melebihi paras bahaya 35m, manakala Sungai Lebir Tualang pula menunjukkan bacaan 30.8m iaitu melebihi paras berjaga-jaga 27m.

Sungai Kelantan di Kuala Krai menunjukkan paras air 22.89m iaitu melebihi paras bahaya 20m, manakala Sungai Kelantan di Kusial menunjukkan bacaan 14.64m iaitu melebihi paras berjaga-jaga 12m.

Sungai Golok di Jenob menunjukkan bacaan 23.15m iaitu melebihi paras amaran 22.50m, manakala Sungai Golok di Rantau Panjang mencatatkan bacaaan 7.18m melebihi berjaga-jaga iaitu 7m. – BH Online

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia