7 pelacur ditahan dalam Ops Noda

Operasi bermula jam 7 malam itu dijalankan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah D7 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid, berkata dalam serbuan itu, pihaknya menahan enam wanita Indonesia serta seorang wanita warga tempatan.

“Polis turut menahan tujuh lelaki dipercayai pelanggan terdiri daripada empat warga Nepal, seorang Myanmar serta dua lagi rakyat tempatan, termasuk penjaga premis berkenaan,” katanya, memetik laporan BH Online.

Katanya, semua yang ditahan berusia antara 19 hingga 48 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 372A, 372B, 55(B) Kanun Keseksaan serta Peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap