Sudahnya gaji yang diterima jauh ketinggalan di belakang, dan rakyat di negara ini turut dibebani pula dengan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
“Wajar diakui setiap pekerja telah berganding bahu berusaha dan menyumbang terhadap pembangunan negara menurut kemampuan dan bidang tugas masing-masing, demi kesejahteraan dan kemakmuran bersama.
“Namun ironinya, saban hari, rata-rata warga pekerja terpaksa menempuh beban kerja yang bertambah sedangkan kenaikan upah atau gaji jelas tidak setimpal,” katanya, dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Sany berkata, lebih diburukkan apabila gaji minima yang ditetapkan kerajaan langsung tidak berpadanan dengan keadaan hidup masa kini, malah tidak masuk akal terutama dalam konteks warga penduduk Malaysia Timur, Sabah dan Sarawak.
Beliau berkata, rakyat perlu berjuang untuk menuntut apa yang diinginkan oleh masyarakat selama ini.
“Lantas sesuatu perlu dilakukan. 1 Mei adalah simbol perjuangan. Tidak sedikit mereka yang terkorban semata-mata ingin menuntut hak bekerja selama 8 jam dan penerimaan gaji bulanan.
“Dahulunya semua ini seakan-akan satu utopia yang tidak mudah digapai. Namun segalanya terealisasi hari ini. Kita percaya bahawa dengan semangat juang yang utuh, di samping faktor ilmu dan desakan perubahan, tiada tuntutan yang mustahil dalam kamus hidup kita,” katanya.