4 suspek seludup pistol direman seminggu

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusof, ketika mengesahkan perkara itu berkata, penahanan suspek adalah hasil kerjasama semua pihak dalam membanteras jenayah senjata api.

“Dua lelaki yang memandu kereta berasingan bekerja sebagai pemungut hutang dan mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan samun berkawan, ugutan jenayah, serangan jenayah serta dadah.

“Kita percaya pistol yang dibeli pada harga RM3,000 dari Thailand itu akan digunakan untuk aktiviti jenayah.

“Ujian air kencing mendapati dua suspek lelaki positif syabu,” katanya pada sidang media di pejabatnya di Changlun pada Rabu.

Isnin lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menerusi akaun Twitter rasminya mengucapkan syabas kepada polis Kedah atas penahanan empat individu di Changlun dan merampas sepucuk pistol yang diseludup.

Ia susulan penahanan dua lelaki dan dua wanita termasuk seorang anggota polis, berusia antara 26 hingga 41 tahun di Kilometer 9.7 arah Selatan Lebuhraya Utara-Selatan PLUS, pekan Changlun.

Polis turut menemui sepucuk pistol dan satu kelopak peluru serta 30 butir peluru hidup berbalut surat khabar dalam kereta Perodua Myvi dipandu seorang suspek, memmetik BH Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap