4 sekeluarga maut dalam Saga

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa yang terkorban ialah Azida Othman, 43, dan anaknya, Muhammad Aiman Hakim Shuhaimi, 19. Turut terbunuh ialah ibu bapa Azida iaitu Othman Hamid, 68, dan Aishah Arof, 62.

Kesemua mangsa yang berasal dari Pulau Pinang meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat kesemua mereka dihantar ke Hospital Taiping untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, semasa kejadian, Azida memandu kereta Proton Saga manakala Muhammad Aiman penumpang sebelah pemandu, Othman dan Aishah pula penumpang di tempat duduk belakang.

Menurut beliau, setiba di lokasi kejadian, kereta dipandu Azida menghala ke utara terbabas dan melanggar lori tangki minyak yang mengalami kerosakan dan berhenti di lorong kecemasan.

“Pemandu lori tangki minyak berusia 48 tahun telah meletak kon kecemasan di belakang kenderaannya.

“Semasa lelaki itu memeriksa kenderaannya, dia dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat di belakang lori akibat dilanggar sebuah kereta,” katanya, memetik Kosmo! Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap