4 remaja suspek kes cabul, rompak ditahan

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, kesemua mereka ditahan petang Jumaat di Sungai Nibong dan Glugor di Pulau Pinang, hasil risikan polis selepas menerima aduan daripada mangsa.

Menurut beliau, dalam kejadian Khamis lalu, mangsa yang berusia awal 30-an dicabul dan dirompak ketika keluar daripada lif pangsapurinya selepas diekori tiga lelaki.

“Mangsa kerugian RM40 selain sebuah telefon bimbit yang dirompak dan tindakan suspek cuba menjual telefon bimbit itu membawa kepada penahanan mereka serta seorang lagi suspek,” katanya, memetik Utusan Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap