4 lelaki terbabit dalam militan Daesh ditahan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mereka berusia lingkungan 26 hingga 38 tahun itu ditahan di sekitar ibu negara, Selangor dan Pahang, dikatakan terlibat dalam kegiatan militan Daesh.

“Tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 37 tahun disusuli seorang lelaki warga Nepal dan warga Maghribi,” katanya dalam satu kenyataan akhbar pada Khamis.

Menurut Khalid, pihaknya juga menahan seorang pemandu peribadi kepada ahli perniagaan di Pahang yang merekrut orang ramai untuk menyertai Daesh menerusi laman sosial Facebook.

Jelasnya, suspek itu juga berhubung dengan Mohamad Wanndy Mohamad Jedi iaitu anggota kumpulan pengganas Daesh Malaysia di Syria menerusi Facebook.

“Kesemua warga asing yang ditahan diusir ke negara masing- masing manakala lelaki tempatan di Pahang itu ditahan mengikut mengikut Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-Langkah Khas 2012 (SOSMA),” ujarnya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap