4 juta pengguna alami gangguan bekalan air Isnin ini

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Mohd. Ridhuan Ismail berkata, bekalan dihentikan sementara bagi memberi laluan kerja-kerja penyelenggaraan sistem bekalan elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawang Masuk Utama Bukit Badong, Hulu Selangor.

“Kerja-kerja henti tugas TNB bermula pukul 8 pagi hingga 12 malam dan mengambil masa selama 16 jam serta menjejaskan operasi di loji-loji rawatan air utama Sungai Selangor yang membekalkan air kepada 60 peratus pengguna di Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Menurut Mohd. Ridhuan, bekalan air dijangka pulih secara berperingkat selepas kerja-kerja tersebut selesai dan loji-loji rawatan air terlibat beroperasi semula.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia