Â
Laporan awal menunjukkan lapan lelaki bersenjata warga Filipina yang menggunakan bot laju menyerbu ke dalam kapal milik Malaysia, MV MASFIVE 6 yang berlayar dekat Pulau Ligitan dan menahan mereka sebelum menculik.Â
Â
Bot laju yang membawa empat tebusan warga Malaysia bersama kumpulan lelaki bersenjata menuju ke perairan Filipina.
Â
Anak kapal warga asing yang lain iaitu tiga warga Myanmar dan dua warga Indonesia dibiarkan tanpa sebarang kecederaan.
Â
Menurut laporan awal, walaupun pihak polis masih belum membuat pengesahan, keempat-empat mereka yang diculik dikenal pasti sebagai Wong Teck Pang, 41; Wong Hung Song, 44;  Wong Teck Chi, 39; dan Johnny  Lau Jung Hien, 21.
Â
Kapal itu dalam perjalanan pulang ke Tawau selepas menghantar kayu balak ke Manila semasa insiden yang berlaku kira-kira 7 malam.
Â
Setakat ini, belum diketahui sama ada kumpulan lelaki bersenjata itu mempunyai kaitan dengan kumpulan Abu Sayyaf yang menuntut wang tebusan AS$1 juta bagi membebaskan sekumpulan anak kapal warga Indonesia yang diculik pada Isnin lalu. – MStar
Â
Â