4,000 pengundi Melayu meningkat di DUN Sabai

Beliau berkata, tindakan SPR amat mengejutkan kerana dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu, hanya ada satu tanah rancangan Felda iaitu Sertik dibawah Sabai.

Tetapi dengan cadangan persempadan semula, kini Mempaka 1, 2, 3 iaitu tiga tanah rancangan felda dimasukkan.

Ia menyebabkan, peratus orang Melayu di Sabai meningkat daripada 36 peratus kepada 60 peratus.

Tindakan SPR ini bagi memusnahkan wakil kaum India dan ia juga rancangan UMNO bagi menarik DUN Sabai daripada MIC.

Tindakan SPR boleh menyebabkan calon MIC tewas di PRU14, tetapi pemimpin MIC masih bisu dalam perkara ini.

Ia adalah muslihat Barisan Nasional bagi memastikan ia menang dalam PRU14, ia juga menunjukkan BN tidak berani untuk bertanding dengan pembangkang, kata Kamache. – Tamil Malar

Related posts

Guan Eng perlu berundur jika pembangkang berbaik semula dengan PAS – MCA

Jawab masalah India yang dilaporkan akhbar Tamil, bukan menentang – DAP Perak

Jelaskan dakwaan ‘Melayu terabai di Pulau Pinang’ kepada polis -Ram Karpal