33 pengikut Syiah ditahan di Johor Bahru

Serbuan kira-kira pukul 10.40 malam itu hasil maklumat risikan dan intipan JAINJ bersama polis sejak empat bulan lalu.

Mereka yang ditahan itu berusia lingkungan 20 hingga 50 tahun termasuk empat warga asing dan tujuh kanak-kanak.

Ketika serbuan, semua individu terbabit sedang menghadiri majlis dipercayai ceramah berhubung fahaman Syiah.

JAINJ dalam satu kenyataan di sini memberitahu, rumah kedai tersebut dipercayai disewa salah seorang ahli kumpulan terbabit, memetik Kosmo Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap