32 pengikut Syiah sedang berzikir mengingati Fatimah ditahan di Selayang

Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim, berkata dalam operasi yang dijalankan pada jam 10.30 malam itu, seramai 25 lelaki warga Pakistan, lima wanita warganegara sama dan dua wanita tempatan ditahan di Kampung Sungai Kertas, selepas penguatkuasa mendapat maklumat daripada orang awam.

Katanya, mereka ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti Syiah di premis berkenaan.

“30 daripada mereka mempunyai dokumen pengenalan diri dan pasport manakala dua lagi tidak mempunyai sebarang dokumen dan siasatan awal mendapati kebanyakan mereka bekerja sendiri.

“Ketika serbuan dibuat, kumpulan itu sedang berzikir dalam satu majlis memperingati Fatimah (anak Rasulullah SAW).

“Mereka dibawa ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) Kuang sebelum kami mendapatkan perintah reman daripada Mahkamah Rendah Syariah di Kuang,” katanya, memetik laporan BH Online.

Haris berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 12 dan 13 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap