131 PATI lolos dari pusat tahanan, polis lancar Op Tutup

TAPAH: Polis mengesahkan seramai 131 tahanan pendatang asing tanpa izin (PATI) melarikan diri dari Depoh Imigresen Sementara Bidor, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi, berkata mereka terdiri daripada 115 lelaki etnik Rohingya, dan 16 lelaki warga Myanmar.

Katanya, maklumat pertama berhubung kejadian itu diperoleh melalui panggilan yang diterima berkenaan kejadian yang berlaku di blok lelaki, di sini malam tadi.

“Seorang daripada mangsa yang melarikan diri turut maut selepas terbabit dalam kemalangan di KM335 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara).

“Usaha mencari tahanan yang lolos sedang giat dijalankan termasuk melalui bantuan pegawai dan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 3 Bidor dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak serta JSJ Bukit Aman.

“Setakat ini, belum ada tangkapan terhadap PATI yang lolos itu,” katanya hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seramai 132 tahanan PATI etnik Rohingya melarikan diri Depot Imigresen Sementara Bidor di sini, malam tadi.

Susulan kejadian jam 9.50 malam tadi itu, Op Tutup dijalankan membabitkan sekatan jalan raya (SJR) di beberapa kawasan bagi menjejaki semua mereka mereka yang lolos.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung terus ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah di talian 05-4015222,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 223 dibaca bersama Seksyen 224 KK, dengan usaha mencari tahanan yang lolos sedang giat dijalankan. -Berita Harian

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap