3 termasuk dua warga India ditahan proses dadah

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, kedua-dua lelaki warga India berusia 32 dan 41 tahun dan seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun itu ditahan pukul 7 pagi oleh sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING).

“Salah seorang daripada warga India yang ditahan itu merupakan ‘ahli kimia’ dan pakar memproses dadah. Selain dadah, polis turut merampas pelbagai peralatan memproses dadah berkenaan,” katanya dalan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor pada Ahad.

Mohd. Mokhtar berkata, kesemua suspek ditahan reman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, memetik laporan Utusan Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap