3 maut dalam kejadian amuk di Melaka

Tiga beranak termasuk sepasang suami isteri warga emas maut dalam kejadian amuk di sebuah rumah di Kampung Bertam Malim di Melaka pada Khamis.

Menurut laporan Kosmo Online, mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu terdiri daripada sepasang suami isteri masing-masing berusia 70 dan 62 tahun serta anak lelaki mereka yang berusia 22 tahun.

Ketiga-tiga mangsa ditemui di dalam rumah berkenaan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din berkata, kejadian amuk itu turut menyebabkan tiga lagi wanita cedera dengan dua daripadanya yang berusia 24 dan 27 tahun dilaporkan parah.

“Setakat ini motif kejadian masih disiasat. Kita percaya suspek yang juga ahli keluarga mangsa yang melarikan diri selepas kejadian akan dapat diberkas dalam masa terdekat.

“Usaha memburu lelaki berusia 26 tahun itu masih dijalankan,” katanya pada sidang akhbar di lokasi kejadian.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia