Jurucakap bomba negeri berkata, mangsa terdiri daripada 14 pelajar Kolej Profesional Mara (KPM) dan 15 pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).
Menurutnya, pihaknya menerima panggilan mengenai pelajar terbabit terkandas di puncak Gunung Korbu pada pukul 1.12 petang Isnin.
“Pada pukul 1.13 pagi Selasa, seramai lapan pelajar berjaya tiba di kaki gunung mana selebihnya 21 orang ditemukan pihak bomba pada pukul 2.56 pagi Selasa.
“Seorang pelajar perempuan berusia 19 tahun ditemukan dalam keadaan lemah dan kini dirawat di hospital,” katanya. – Utusan Online