Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, satu pusat pemindahan dibuka di Daerah Manjung pukul 10 malam tadi di Dewan Inderawati, Beruas melibatkan 141 mangsa daripada 50 keluarga.
Menurutnya, 78 orang daripada 30 keluarga di Daerah Larut, Matang dan Selama kini di tempatkan di Dewan Orang Ramai Simpang Halt, Taiping.
“Pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Kampung Jelapang Jaya, Taiping dibuka pada pukul 10 malam tadi menempatkan 22 mangsa daripada tujuh buah keluarga.
“Satu lagi pusat pemindahan dibuka pada pukul 8 pagi ini di Sekolah Kampung Boyan di Taiping menempatkan 13 mangsa dari tiga keluarga,” katanya memetik Utusan Online.