26.7 peratus penduduk Kedah bermasalah mental

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam, Kesihatan dan Perpaduan Negeri, Dr Leong Yong Kong bagaimanapun berkata hanya sebilangan kecil daripada jumlah itu yang disahkan sebagai pesakit mental.

Beliau berkata setakat ini pada tahun ini sahaja, terdapat 10 pesakit mental yang ditempatkan di hospital yang mempunyai wad sakit mental iaitu lima di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, empat di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani (HSAH) dan satu di Hospital Kulim.

Jumlah pakar psikiatri pula ialah lima orang di HSB, empat di HSAH dan satu di Hospital Kulim,” katanya ketika menjawab soalan Dr R Krishnamoorthy (PKR-Bukit Selambau).

Beliau berkata masalah kesihatan mental disebabkan antara lain oleh gangguan emosi dan kemurungan sementara penyakit mental berupa berpunca daripada skizofrenia, kebimbangan, kemurungan serius dan gangguan personaliti.

Dr Leong berkata kajian juga mendapati masalah kesihatan mental terbanyak dalam kalangan keluarga yang berpendapatan rendah dan tinggal di kawasan pedalaman.

Beliau berkata masalah kesihatan mental di negara ini paling tinggi dalam kalangan mereka yang berusia 16 tahun dan ke atas dan lebih tinggi dalam kalangan kaum wanita.

Pelbagai faktor boleh menyumbang kepada perkara itu seperti berlaku krisis kewangan dan ekonomi, masalah perhubungan, kurangnya kemahiran keibubapaan, penyakit fizikal, penyakit kronik seperti diabetes dan kanser, katanya.

Pelbagai usaha dilakukan kerajaan negeri dalam menangani masalah itu seperti mengadakan ceramah, pengurusan stres, tindakan pencegahan dan rawatan awal, tambahnya.–Bernama

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia