Ubah sikap hadapi masa mendatang
Dalam menghadapi tahun 2017, rakyat dijangka terus berhadapan dengan tekanan harga barang, pengangguran, ketidakstabilan politik, rasuah, perkauman, akta perundangan Islam dan lain-lain. Manakala rakyat juga dijangka akan menghadapi PRU14 pada bila-bila masa. Walaupun tahun baharu ini penuh dengan dugaan dan pancaroba, namun rakyat perlu mengubah sikap dalam menghadapi pelbagai cabaran.