November 2016

PRU14: BN pasti akan rampas Selangor

Barisan Nasional berpotensi untuk merampas semula Selangor pada Pilihan Raya Umum yang akan datang dengan memenangi tambahan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) ekoran proses persempadanan semula yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Read more

Sudah melampau!

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendedahkan ketirisan serius dalam Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan kerana berlaku pertindihan kerja dengan syarikat-syarikat swasta luar yang dinamakan untuk membangunkan industri pelancongan di negara ini. Kementerian tersebut telah membayar sebanyak sembilan kali ganda kepada syarikat tersebut, walaupun kementerian berkenaan masih menguasai kerja-kerja sebanyak 80 peratus.

Read more

Exco gagal selesaikan isu air jadi pengganti Guan Eng?

Semasa Konvensyen DAP Pulau Pinang 2016 baru-baru ini, KM Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menamakan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow sebagai penggantinya. Beliau juga meminta semua perwakilan agar memberikan sokongan kepadanya. Tidak disangka-sangka seorang yang menyebabkan isu air huru-hara boleh menjadi pengganti Ketua Menteri. Nampaknya DAP sudah ketandusan orang.

Read more