18 pegawai kanan PDRM ditukar
Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya adalah antara 18 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam pertukaran berkuat kuasa 8 September depan.
Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya adalah antara 18 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia yang terlibat dalam pertukaran berkuat kuasa 8 September depan.
“Perlu ada had dikenakan pada permainan Pokemon Go agar institusi agama tidak tercemar dalam keasyikan masyarakat terhadap permainan itu,” kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Tan Sri Othman Mustapha.
Program Tanya Finas 2.0 di ibu negara, malam tadi, tegang apabila Presiden Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Datuk Yusof Haslam dituduh menggunakan pengaruhnya sehingga filem anaknya, Munafik dan Mat Motor (Kami Mat Motor Bukan Mat Rempit) terbitan Skop Production tersenarai sebagai finalis Festival Filem Malaysia ke-28 (FFM 28).
Seramai 23 rakyat Arab Saudi yang dilatih di Malaysia akan memulakan khidmat sebagai pemandu tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) di Makkah untuk musim haji tahun ini.
Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman menganggap krisis politik di negeri itu sudah selesai dan terkawal.
Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri tidak pernah berkata bahawa bermain Pokemon Go adalah haram bagi orang Islam.
Ketibaan 1,337,126 pelancong ke Sabah sehingga Mei tahun ini, menjana pendapatan negeri sebanyak RM2.852 bilion, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun.
PAS hari ini mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web Sarawak Report kerana mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi meneruskan prosiding pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008 atas alasan dokumen tidak lengkap.