Himpunan sokong Guan Eng cubaan pembangkang tekan pihak berkuasa, kata Azalina
Perhimpunan yang dianjurkan pembangkang di perkarangan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Pulau Pinang adalah bukti mereka cuba memberikan tekanan kepada pihak berkuasa susulan penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng atas dakwaan rasuah.