2 pelajar perempuan madrasah dilaporkan hilang

Remaja perempuan yang masing-masing berusia 14 tahun itu dilaporkan hilang selepas didakwa tidak berada di dalam kelas pagi di madrasah berkenaan.

Seorang daripada bapa pelajar berkenaan, Mohd Rehan Hasan, 54, mendakwa anak perempuannya dipercayai mengikut seorang lagi pelajar perempuan di madrasah sama.

“Saya sudah dimaklumkan yang pihak madrasah sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak saya serta seorang lagi pelajar perempuan di madrasah itu.

“Sehubungan itu, saya merayu sesiapa yang ada mengenali anak saya, Nurul Husna Mohd Rehan berusia 14 tahun untuk segera menghubungi saya di talian 016-2211397, 016-6712437 atau 019-2717314,” katanya.

Mohd Rehan berkata, anak perempuannya itu sudah tujuh bulan menuntut di madrasah berkenaan.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia