2 nelayan dipenjarakan di Indonesia dibebaskan, kata Zahid

Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, malam tadi.

Beliau berkata, ia adalah hasil pendekatan rundingan diplomatik dan saluran perundangan yang dijalankan.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, beliau juga sudah mengarahkan kedua-dua nelayan itu untuk dibawa pulang ke Sekinchan.

“Dua nelayan itu akan bebas esok (hari ini) selepas surat pengampunan sudah ditandatangani oleh presiden Indonesia. Saya juga sudah arahkan untuk bawa pulang ke Sekinchan.

“Seperti saya cakap sebelum ini, saya janji… janji potong ayam punya. Kerajaan tidak pernah tipu, kita (kerajaan) akan bantu rakyat,” katanya ketika menyampaikan ucapan dalam majlis perjumpaan dengan masyarakat Cina di Sekinchan.

Zahid berkata, kejayaan pembebasan dua nelayan itu adalah hasil usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menghubungi sendiri Jokowi bagi tujuan pembebasan itu.

“Selain Perdana Menteri, saya juga menghubungi Naib Presiden Indonesia Yusuf Kalla dan mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan (Kassim) untuk ke republik itu.

“Ini adalah usaha bersama kerajaan dalam membantu nelayan tempatan. Mereka akan dibebaskan. Janji kerajaan untuk bantu. Kerajaan sudah tolong semua,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia