2 lagi kakitangan Bank Rakyat ditahan SPRM

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, berkata kedua-dua lelaki berumur 25 dan 29 tahun itu masing-masing ditahan pada Selasa dan Rabu di Pejabat SPRM Sabah dan masing-masing ditahan reman tujuh hari dan empat hari bermula semalam serta pada Khamis.

Beliau berkata, kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 465 Kanun keseksaan kerana memalsukan dokumen.

Berdasarkan fakta kes, kedua-dua suspek didakwa memalsukan dokumen perjanjian sewa rumah, sewa kenderaan, slip gaji dan penyata bank untuk pemohon pinjaman Bank Rakyat.

Kesalahan itu yang dilakukan pada tahun lalu dan tahun ini didakwa dilakukan untuk membolehkan pelanggan terbabit mendapatkan pinjaman peribadi bank berkenaan.

Pada 8 September lalu, seramai lapan individu ditahan SPRM berhubung kes permohonan pinjaman peribadi Bank Rakyat dengan dua daripadanya sudah dihadapkan ke mahkamah, manakala seorang dibebaskan, pada Selasa, petik laporan Berita Harian.

Â

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap