1MDB tidak pernah gagal lunas hutang, kata Najib

Perdana Menteri berkata, syarikat strategik milik kerajaan itu tidak pernah gagal dalam membayar hutang.

“1MDB tidak pernah gagal dalam melunaskan segala hutangnya, termasuk pembayaran faedah pinjaman,” katanya dalam jawapan bertulis di sidang Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Hanipa Maidin (PAN-Sepang) kepada Menteri Kewangan berhubung jumlah hutang tertunggak 1MDB ketika ini dan jumlah hutang syarikat itu yang dijamin kerajaan.

Menjawab soalan kedua Hanipa, Najib berkata jumlah hutang 1MDB yang diberi jaminan kerajaan adalah sebanyak RM5.8 bilion.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia