1MDB: Siasatan suruhanjaya diraja lebih efektif

Menurut Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, jalan berkenaan merupakan cara terbaik berbanding menubuhkan tribunal siasatan 1MDB.

Penubuhan suruhanjaya diraja merupakan medium terbaik kepada penyelesaian berkaitan syarikat pelaburan negara, 1MDB berbanding penubuhan tribunal.

Ini kerana anggota suruhanjaya diraja terdiri daripada kalangan berstatus bebas dan bukan dalam kalangan ahli politik, manakala pembentangan laporan dilakukan Yang di-Pertuan Agong.

“Suruhanjaya diraja lebih efektif kerana orang yang dipanggil memberi keterangan wajib hadir,” katanya.

Beliau mengulas saranan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar kerajaan menubuhkan tribunal bebas menyiasat dan memulakan pendakwaan terhadap laporan dikeluarkan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, minggu lalu.

Bagaimanapun, katanya, terdapat kelemahan dalam prosedur suruhanjaya diraja itu di mana undang-undang membenarkannya untuk tidak dibentang kepada umum.

“Itu adalah kemungkinan kelemahan prosedur sekiranya suruhanjaya diraja ditubuhkan,” katanya.

Nik Ahmad Kamal berkata, isu 1MDB perlu kepada penyelesaian segera, dengan adanya satu jawatankuasa yang mempunyai asas undang-undang, barulah ia efektif dan telus.

Menurutnya, mereka yang berpengalaman luas dalam urusan bank antarabangsa amat sesuai menyertai jawatankuasa itu.

“Jawatankuasa ini mesti benar-benar bebas. Mereka yang pernah berada politik atau ada kaitan politik sebelum lantikan juga seharusnya tidak jadi ahli.

“Sebaliknya, mereka yang berlatar belakang undang-undang dan audit amat sesuai. Misalnya bekas hakim, bekas akauntan atau juruaudit negara,” katanya.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia