1MDB buat bayaran balik awal hutang RM2 bilion

Syarikat milik Kementerian Kewangan itu menyifatkan ianya satu kejayaan besar kerana pembayaran penuh ini dilakukan lebih awal dari tempoh tarikh sebenar.

“Kredit fasiliti ini diberikan pada February 2015 dan kutipan wang ini telah digunakan untuk membayar RM2 bilion hutang kepada bank-bank tempatan.

“Kredit fasiliti ini juga telah diatur oleh Tanjong kepada 1MDB, sebagai satu alternative komitmen Tanjong, untuk melaburkan RM 2 bilion ekuitinya kepada anak syarikat 1MDB iaitu Powertek Investment Holdings Sdn. Bhd,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, pembayaran semula ini menjadi titik tolak kepada perkara yang lebih utama untuk perlaksanaan pelan rasionalisasi 1MDB dan sekaligus mengurangkan obligasi hutang jangka pendek 1MDB.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Jaafar Onn Meninggal Dunia