1MDB: Bekas pengarah urusan BSI dipenjara 18 minggu, didenda

Yak, 57, merupakan pengurus hubungan kepada pembiaya Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low dan beliau mengurus akaun 1MDB untuk BSI.

Pada Oktober Yak menghadapi tujuh pertuduhan jenayah oleh pihak berkuasa di sini berkaitan dengan siasatan 1MDB di Singapura.

Dalam pengakuan rayuannya, peguam Yak, Lee Teck Leng berkata Yak benar-benar menyesal dan telah bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Komersial dalam siasatan mereka.

Beliau berkata Yak melakukan jenayah itu atas arahan Low yang bukan sahaja klien utama tetapi hakikatnya pelanggan terbesar BSI.

Susulan mempunyai hubungan dengan Low, beberapa entiti lain turut menjadi klien kepada BSI, kata Lee.

Polis Singapura pada Khamis berkata Low merupakan individu berkepentingan bagi meneruskan siasatan terhadap pertuduhan skim pengubahan wang haram bernilai berbilion dolar itu, memetik laporan mStar Online.

Related posts

Lelaki Maut Ditikam Ketika Adakan Seks Dengan Wanita Yang Dilarikannya

Kerjasama SKMM, Polis Tumpaskan Kumpulan Swinger Yang Aktif Promosi Seks Bertukar Pasangan

Polis Percaya Hanya Seorang Dalang ‘Molotov Cocktail’ Sungai Isap