Pertemuan itu diadakan susulan sidang media oleh Peguam Negara Amerika Syarikat pada 20 Julai mengenai tindakan memfailkan saman sivil berkaitan 1MDB, menurut kenyataan kementerian itu.
Dalam pertemuan tersebut. Anifah memberitahu bahawa Malaysia belum menerima sebarang permintaan dari Amerika Syarikat bagi mendapatkan maklumat atau bukti untuk memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kembali aset-aset yang dikatakan dikaitkan dengan 1MDB.
“Bagaimanapun, Malaysia bersedia memberi kerjasama sepenuhnya dengan mana-mana siasatan ke atas syarikat-syarikat Malaysia selaras dengan protokol antarabangsa asalkan Malaysia dan Amerika Syarikat bekerjasama dalam perkara ini,” kata kenyataan itu.
Kementerian itu berkata Malaysia amat menghargai hubungan dua halanya dengan Amerika Syarikat dan meminta negara itu memperakui pelbagai langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia bagi menangani isu 1MDB. – Bernama